Assalammualaikum..
Hai..Hai...Hai..
Tadi ebu ader citer pasal anak ebu cramp kaki kan..ebu rasa mungkin disebabkan perubahan cuaca dinegara kita sekarang nie kan...hmmm kat bwah nie ebu copy paste satu artikel tentang perubahan cuaca tu..ok layan je la..
untuk renungan kita bersama..
Cuaca Dan Suhu Sejuk Melanda Malaysia Januari – Februari 2014
Fenomena suhu sejuk yang melanda Malaysia sejak kebelakangan ini
semakin terkesan dan menjadi topik perbincangan di kalangan pengguna
media sosial yang memaklumkan rasa sejuk di kawasan tempat tinggal
masing-masing
Malah ada juga yang menyifatkan fenomena ini agak pelik memandangkan
pada anggapan mereka suhu panas kebiasaanya terasa pada awal tahun tapi
sebaliknya berlaku.
Bagaimana pun Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan situasi
berkenaan dalam satu lampiran kenyatan menerusi Portal Rasmi Jabatan itu
di pautan http://www.met.gov.my dengan memaklumkan bahawa fenomena ini adalah biasa (normal), kebiasaannya bulan Januari dan
Februari adalah tempoh di mana suhu minimum adalah agak rendah
berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Paling terasa adalah kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia dan
faktor ini disebabkan oleh luruan udara sejuk dari tanah besar China
(kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa
terjadi ketika Monsun Timur Laut dan turut dirasai di negeri utara
Malaysia seperti Perlis dan Kedah.
Sementara itu, mengikut kepada keadaan cuaca dan arah angin untuk
beberapa hari akan datang, keadaan cuaca sejuk dijangka akan berterusan
sehingga awal minggu depan
Dalam kenyataan itu juga, Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan
dakwaan kejadian salji yang melanda Indonesia sebagaimana tersebar di
media sosial baru-baru ini mustahil bagi negara beriklim tropika untuk berlakunya sajli
kerana kerana suhu udara negara beriklim tropika secara amnya tinggi
sepanjang tahun
CUACA DAN SUHU SEJUK MELANDA MALAYSIA 2014 JANUARI FEBRUARI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan