cinta atie ku

kami bersama

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 19 November 2010

happy birthday

HAPPY BIRTHDAY sayang ...

dh besor dh anak ibu sekejap je dh 3 thn dh ..rasanya masa nie berjalan dengan pantas..
betul la kata pujanga masa x mungkin menunggu kita jadi hargaila masa..







Muhammad Hakmal bin Aspei dilahirkan pada 15/11/2007 di HoSHAS jam 7.20 pm ( khamis mlm jumaat) seberat 3.7 kg dilahirkan secara casearan.

nie adalah koleksi gambar2 yg ader dlm simpan ..kenangan yang terindahh..:)

sekitar majlis cukur jambul

ketika berusia 6 bulan

ketika berusia 1 tahun

ketika belajar duduk

ketika berusia 2 tahun lebih

gambar terbaru masa makan di pizza hut




harapan ebu semoga anak2 ebu jadi insan yg berguna pada agama bangsa dan negara serta taat perintah allah dan ebu serta abah insyallahh..amin.

akan datang sambutan bday di rumah nenek.

Selasa, 12 Oktober 2010

pesta malam minggu..



 

malam minggu lepas kita orang anak beranak pergi r ke EURO FUN PARK di mentakab untuk menghabiskan duit yg tinggal saki baki (sementara nak tggu gaji) punyer la ramai manusia kira bangsa, agama dn sewaktu dengan nyer.
termasuk la kita orang anak beranak nie.. (hehehe tumpang skaki je..)
si haikal n hakmal bukan main seronok tgk ..
mula2 tgk dr luar je r sbb tgk harga tiket dia makkk iiii punyer r mahal 
dewasa RM4 hinggit kanak2 RM2 hinggit
puas r dipujuk n dirayu oleh anak2 si abah pon dengan rela ati hulur gak r duit ..
bila dapat masuk je si abah nie dh bg tu WARRRNING..
kalu nak main satu permainan je x leh lebih2 
yg si anak pon setuju la..mula2 r
pastu  tetiba je si abah lak yg tlebih 
ecited dan terlebih murah ati pe yg anak2 dia nak main 
dia ulur je duit..
yg si ibu pon hairan aikkk laki aku nie tadi 
kata satu permainan je nie dh lebih nie...

 hairan bin ajaib nieee...




Isnin, 27 September 2010

kenangan terindah - KETOT


Dah setahun masa berlalu...
kenangan bersamamu adalah kenangan yang paling indah 
dan teristimewa buat kami sekeluarga..:(

tiada siapa yang dapat menggantikan 
tempatmu di hati kami...
terima kasih kerana sudi bersama
kami walaupun hanya seketika...
 
aksi ketot lena dikaki haikal
 





walaupon dikau telah pergi jauh dari kami 
tapi masih terasa kemesraan dan kemanjaan darimu
setiap kali pulang dari keje..:((

hanya nie yg dapat menjadi kenangan 
buat kami sekeluarga..
semoga dikau berbahagia di sana aminnn...




hanya video nie saje pengubat rindu kami sejak ketiadaanmu...

Isnin, 6 September 2010

bakat terpendam

bak kata orang tua2 dulu - dulu melentur buluh biarla dari rebungnyer..
meh kita sama- sama lihat video nie



 haaaa..niela bakat terpendam adik.


dlm video nie si abang pon nak interframe gak 

perasan x mic dia 

tu aderla skru abah nyeer

huaah...huahh..huahhh..



Ahad, 5 September 2010

kad raya

' selamat hari rayeeee ebu..'
 
minggu lepas masa blik dr skol si abang  dengan riak dan bangga nyeer telah memberikan sekeping kad raye buatan sendiri khas untuk si ebu.. 
 
 
 tadaaa..

niela hasil kreativiti yg dpt dihasilkan khas untuk ebu..
 nak tau pe yg ader di dlm kad tersebut...hmmmm tgk ekkk

haa..

baju kolor purple tu abah
baju kolor pink tu ebu
baju kolor kuning adik
dan kolor oren tu abang...


ha tu la hasil nyer 

 selamat ari rayee...

Khamis, 2 September 2010

Kenapa Wanita Menangis?

Assalamulaikum

hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita ..hehe.
seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir? kenapa? wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya,begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye? kalau kes macam ni terjadi macam ne? suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain kena pujuklah jawabnya tapi nak pujuk pun kena ada cara salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."
jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu, mengapa ibu menangis? "Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya menjawab:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya. Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa - masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun dia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi. sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis? sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan? belaian kan? jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama? bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis? perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis? buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)
tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yangmenghayun buaian
lmampu mengoncang dunia

dan di sebalik kejayaan lelaki itu, pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

heheheh...:)


Rabu, 1 September 2010

kecewa....

~kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah~

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. 

sunnah nabi jarang nak ikut .. 

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. 

The Truth 

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. 

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. 

Percayalah. 

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 

Additional info 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. 

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk 

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 

Perhatian 

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. 

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Jumaat, 27 Ogos 2010

luahan hati suami n isteri..



 Sama- sama kita renungkan..

Dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..

jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..

ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Ahad, 22 Ogos 2010

Sapa conteng nie..??

drama 3 minit di waktu dingin hari di mana
3 beranak sedang menikmati hidangan bersahur

pepagi2 buta si abah telah membebel ..
nak tau pasal pe....
taraaaaaa..

buku kerjanyer telah diconteng oleh .....
sapa ...sapa...????

nak tau..??

taraaaaa..

si adik


nie la org nyerr...

dan yg jadi mangsa adalahhh....
si abang


tak pasal2la budak nie jadi bebelan si abah
nasib baik lah si ebu nie dpt cover bebelan si abah

dengan lemah lembut nyer si ebu memberitahu si abah 
yang sebenarrnyaa...[ala-ala lagu si yuna tu arr..cewahh cewahh]
ADIK yang conteng..tu kan HASIL karya agung dia..

dan berubahla air muka si abah 
dengan kesal dan rasa bersalah si abah bagi tau si abang
yang dia MINTAK MAAF ulangan yee..MINTAK MAAF 
sama itew anak loo...

si anak lak buat muka sedih
dengan berkata-kata  
SEMUA HAIKAL BUAT ADIK X PON KAN..


huhuu...sian lak dengor pepagi buta tadii....

x pe la abang pagi nanti kita g soping ebu beli kasut ekk

dengan muka segar bugar dan beserinyer si abang nie menyengihhh..

hehehehe TQ ebu malas kawan abah.


itew la drama yang telah dishot pagi 
tadi sewaktu nak bersahur...

wuahhaahah..
















Sabtu, 21 Ogos 2010

selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

Ihya Ramadan: Membazir masa antara kesilapan ketika Ramadan

Kesilapan orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan. 
  • Masih makan dan minum ketika azan Subuh
  • Bersahur awal dan melewatkan berbuka
  • Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
  • Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
  • Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.
  • Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
  • Tidak menunaikan solat Tarawih.
  • Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
  • Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).
  • Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
  • Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
  • Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
  • Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
  • Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
  • Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

Buku Adab Ramadan

****untuk panduan kita bersama.

Jumaat, 20 Ogos 2010

TraNdMarK baru..

salam semua ..
sudah tukar ke..??
kalu nak tau sebelum nie guna trandmark
JiKa ItU SyUrGaKu
sekarang nie dh guna yg baru 
tu...ha kalu perasan kat atas tu dh ader  
ThE TrUe LiFe

selamat berblog..

Khamis, 19 Ogos 2010

MANDI WAJIB

Buat suami/isteri/anak2 gadis....

Berkongsi sedikit ilmu... Mandi wajib yg betul ingat nie bln pose tau mandi btul2 tau..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis dibadan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana AllahTaala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.

Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.
Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,  menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib.

Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,
sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula,
tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarnaitu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.

Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambutmenyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ingin saya menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar airmani dan mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Ahad, 8 Ogos 2010

Erti Kehidupan


"Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya. Namun, kekecewaan datangnya dari kesalahan dirinya. Mereka melakonkan setiap watak... tanpa mereka sedari keadaannya."

Memang power kata2 niekan..tapi ader betulnyer jadi pada anda yg membacanyer sedarlaa..idup nie hanya pinjaman saje.. :)

Sabtu, 7 Ogos 2010

Ayat Seribu Dinar

Pada sesiapa yg nak berniaga bln pose nie ayat 
sgt sesuai dipraktikan..:)
Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.
Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.
Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.
Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan ayat ini.

*
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.



Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Kesimpulannya, jika ingin murah rezeki atau mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah jadi orang yang TAQWA.

Jumaat, 6 Ogos 2010

hehehehe...seronok dapat buat blog sendiri, sory la kalu x cantik ekk almaklumla baru nak berjinak- jinak kan..