Assalammualaikum..
Hai..Hai..Hai..
Petang nie ebu nak share la skit pasal bab makan2 nie ..almaklumla ebu nie jenis kaki kedai gak la bkan pe ebu kan keje, masa memasak tu terhad skit kecuali ari cuti bru la ebu dpt masak utk family.
Selalu kita nie x kirala sapa2 pon kan bila tgk kedai makan tu penuh mesti kita kata mesti sedap kat ctu penah x terpikir cam tu kan( mesti la penah ye dak ..) masa tu kita x terpikir pon yg kedai tu btul2 sedap dr segi masakan @ benda lain ( pelaris).
sebenarnyer ebu ader terbaca dlm satu artikel pasal pelaris nie kat bawah nie ebu kongsikan utk anda semua baca dan practice kan insyallah mudah2an kita sama2 dpt belajar.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu.
Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita
tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.
saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.
1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai
tu. Padahal orang biasa cukup ramai setiap hari.
2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup
aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.
Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai
tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan,
bacalah sekurang-kurangnya
- Bismillah
- Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).
Kalau nak panjang sikit, baca Bismillah 5.
1.
Bismillahirrahmanirrahim.
2. Bismillahissyafi.
3. Bismillahilkafi.
4.
Bismillahil mu’afi
5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun
filardhi wala fissama i wa
huawassami’ul ‘alim.
InsyaAllah tak ada
mudarat kepada kita.
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris,
dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku
gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di
kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.
Sumber: Abu Zulfiqar
ha senang je kan caranyer cuma kita perlu practice selalu supaya kita x terperdaya.
kla kita sembang di blog seterusnyer...boboiiii
Tiada ulasan:
Catat Ulasan