cinta atie ku

kami bersama

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 27 Januari 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Assalammualaikum..

Hai..Hai...Hai..

first time ebu nak cuba nasib dalam GA blog nie mudah2 ader la rezeki ebu kan insyallah..kredit to syuhada1981.com

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com



Salam sejahtera..

Sempena dengan tahun baru 2014 ini, dengan rasminya hari ini saya ingin melancarkan giveaway yang pertama iaitu Handphone Giveaway by Syuhada1981.com  yang akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014.


Senarai Hadiah

Top Referral

Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang


Random

Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang
Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entri yang bertajuk Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

2. Copy banner diatas dan linkkan semula ke entri ini.

3. Like Fanpage Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

4. Follow Blog Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

5. Follow Google SyuhadaBaharudin (boleh klik di sidebar)

6. Follow Twitter @JustSyuhada (jika ada)

Mudah sahaja kan..? Lepas itu tinggalkan link entri anda diruangan komen di bawah ini. Saya dahulukan ucapan terima kasih kepada yang sudi join.

Salam sayang.


 

Jumaat, 24 Januari 2014

CUACA DAN SUHU SEJUK MELANDA MALAYSIA...??

Assalammualaikum..

Hai..Hai...Hai..

Tadi ebu ader citer pasal anak ebu cramp kaki kan..ebu rasa mungkin disebabkan perubahan cuaca dinegara kita sekarang nie kan...hmmm kat bwah nie ebu copy paste satu artikel tentang perubahan cuaca tu..ok layan je la..

untuk renungan kita bersama..

Cuaca Dan Suhu Sejuk Melanda Malaysia Januari – Februari 2014
Fenomena suhu sejuk yang melanda Malaysia sejak kebelakangan ini semakin terkesan dan menjadi topik perbincangan di kalangan pengguna media sosial yang memaklumkan rasa sejuk di kawasan tempat tinggal masing-masing
Malah ada juga yang menyifatkan fenomena ini agak pelik memandangkan pada anggapan mereka suhu panas kebiasaanya terasa pada awal tahun tapi sebaliknya berlaku.

Bagaimana pun Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan situasi berkenaan dalam satu lampiran kenyatan menerusi Portal Rasmi Jabatan itu di pautan http://www.met.gov.my dengan memaklumkan bahawa fenomena ini adalah biasa (normal), kebiasaannya bulan Januari dan Februari adalah tempoh di mana suhu minimum adalah agak rendah berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Paling terasa adalah kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia dan faktor ini disebabkan oleh luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut dan turut dirasai di negeri utara Malaysia seperti Perlis dan Kedah.

Sementara itu, mengikut kepada keadaan cuaca dan arah angin untuk beberapa hari akan datang, keadaan cuaca sejuk dijangka akan berterusan sehingga awal minggu depan

Dalam kenyataan itu juga, Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan dakwaan kejadian salji yang melanda Indonesia sebagaimana tersebar di media sosial baru-baru ini mustahil bagi negara beriklim tropika untuk berlakunya sajli kerana kerana suhu udara negara beriklim tropika secara amnya tinggi sepanjang tahun

CUACA DAN SUHU SEJUK MELANDA MALAYSIA 2014 JANUARI FEBRUARI
kla kita sembang di blog seterusnyer boboiiii..


DEMAM DAH KEBAH TAPI...

Assalammualaikum..

Hai..Hai..Hai...

Ari nie ebu nak citer pasal anak ebu yg demam tempoh ari.  Alhamdullilah demam dia dh kebah tapi sekarang dia dpt kekejangan kaki pulak
 aduhhh... risau ebu. 
 
Kejang kaki nie dh kali ke2 adik kena kali pertama dulu dia demam jugak kali nie demam pon kena lagi, ari tu masa mula2 kena ebu bawak pegi klinik panel abah doktor ckp kekejangan tu berlaku disebabkan suhu badan dia yg x menentu sekejap panas sekejap sejuk, jadi doktor saran kan kalu anak2 demam kita kena mandi kan mereka ngan air suam agar perjalanan darah dan suhu badan mereka tidak tergangu..

Sebelum nie ebu mandikan adik dengan air sejuk je yelah dh bdn dia panas kan kena la mandi air sejuk utk kurangkan suhu tu tapi rupanyer salah 
(huhuuh... sory syg ebu tersalah fakta rupanyer).

Ebu dh cuba cara dr yg suruh tu, masa adik demam ari pertama lagi ingatkan dah xde la kejang2 kaki nie kan rupanya jadik jugak xpe la pe yg ebu boleh buat ebu gosok je la kaki dia masa nak tido malam.

tapi memandagkan cuaca kat mlaysia nie sejuk semacam je mungkin penyebab la kot.


kla kita sembang diblogseterusnye...boboiiii.

Selasa, 21 Januari 2014

MAKAN2 SEMPENA BDAY HAIKAL



Assalammualaikum..


Hai..Hai..Hai..

Alhamdullilah selesai sudah majlis makan2 bday haikal ngan kawan2 dia kat umah mlm semlm.  Alhamdullilah nampaknya bdk2 tu selera benor makan mee goreng ebu smlm alahmdullilah..alhamdullilah.

Ebu ingatkan x sedap tapi bila tgk bdk2 nie makan ngan tanya cik abang, adik dan haikal dia org ckp sedap alhamdullilah berbaloi ebu buat ptg smlm.

kita layan jela gmbr2 yg sempat ebu ambik sambil2 layan2 bdk ..

-

 -

 -

 -

 -

 -

 -

 -

 -

 -
dh 11 tahun dh


cik abg masih lagi demam jadi tugas dia hanya tlg isikan air je
 
bday boy dan adik mkn ngan kwn2

kawan2 yg baru sampai jemput2
adik teman kwn2 dia makan sambil layan kartun
deman2 pon si adik nie nak bergambar
dah siap makan layan kartun pulak
bday boy
kawan2 yg datang terima kasih anak2 semua sudi dtg meraikan .


kla nti kita sembang di blog seterusnyer..boboiii



Isnin, 20 Januari 2014

ADIK DEMAM

Assalammualaikum

Hai..Hai..Hai..

Ari nie ebu nak citer pasal adik. Balik sekolah tadi dia duk mengadu ngan ebu bgtau yg dia muntah2 kat skolah. Patutla masa ebu tgk dia turun van tu dia cam lemah je, naik kat umah duk tanya dia napa dia ckp x sedap bdn ebu nak check temperature, temperature rosak pulak jadi ebu check ngan tangan je mmg sah la dia demam sian anak ebu tu.

Ebu tadi tgh siapkan bahan2 nak goreng mee utk majlis abg haikal ptg nie sementara tggu dia blik dr sekolah tapi dh jadi lain pulak duk cara ke dia . Ebu suruh dia mandi tapi dia x nak dia kata sejuk, jadi ebu biarkan dulu pastu dlm 10 minit ebu rasa bdn dia makin panas ebu suruh gak dia mandi pastu ebu bg dia mkn ubat, ebu selimutkan dia pastu ebu tido kan dia baru la ebu gerak g keje, tadi nak kata lmbt gak ebu masuk tadi x la sgt lewat dlm 10 minit jew... ( okla tu kan )

Sampai je ebu kat tempat keje ebu kol dia ( dia terjaga dgr munyi tepon )  tanya abg haikal dh sampai blm dia kata blm pastu dlm 15 minit ebu kol blik alhamdullilah abg dia dh ader kat umah dh, ebu pesan la tadi ngan abg dia mintak tlg tgk2 kan adik dia, insyallah dia boleh harap.




tunggu ebu blik yekk dik nti kita g klinik

kla kita sembang di blog seterusnyer ..boboiii.

BDAY PUTERA SULUNG EBU...

Assalammualaikum..

Hai..Hai..Hai

Alhamdullilah ari nie genap umur putera sulung ebu 11 tahun.  Muhammad Haikal doa ebu semoga anak ebu diberkati didunia dan di akhirat, menjadi anak yg soleh, yg mendengar kata, rajin berusaha, penyabar, penyayang dan yg penting jgn tinggal solat insyallah segala pe yg kita buat akan diberkati oleh ALLAH SWT ingat ekk. Ebu, abah dan adik syg abg haikal muahh...muah...muah...

Sempena bday anak ebu nie insyallah ptg nie ebu akan buat jamuan mkn2 bg kwn2 abg haikal raikan bday abg haikal ok insyallah. nti gmbr ebu akan upload kemudian.


anak ebu dh besor 11 tahun dh

kla kita sembang diblog seterusnyer..boboiii

2 ARI X UPDATE

Assalammualaikum..

Hai..Hai..Hai..

Dh 2 ari ebu x update blog nie kan bukan pe biasala hujung2 mggu kan.  Ebu bukan g mana2 pon duk umah je sbb cik abg ebu demam. Jadinyer ebu nie cam jururawat la maklumla bakal2 jadi isteri mithali nie..(hihihi mithali kew.. ) segala kebajikan cik abg ebu, ebu kena uruskan dr mkn, mandi, bg ubat segala bagai la..

2 ari tu jugak la ebu duk teperam kat umah boringgnyer x payah ckp la abis segala benda dlm umah ebu duk kemas. last2 letih sendiri ner nak jaga org demam g ner nak kemas umah g ( hehehe xpe la bukan selalu pon ebu duk kalut cam tu kan )


kla kita sembang di blog seterusnyer ...boboiiii

Jumaat, 17 Januari 2014

MAK DH KUAR WAD

Assalammualaikum..

Hai..Hai..Hai..

Alhamdullilah syukur sgt2 mak dh discharge dr wad semalam.  Alhamdullilah jugak kesihatan mak dh semakin baik.

rumah pon dh jadi sunyi blik aduhh sedihnyer la dh seminggu duk ruih2 pg tadi dh sunyi sepi anak2 pon dh macam pana je..sian dia org. 

ok la dh ptg nie ebu nak blik keje dh nti bila berkesempatan ebu update lagi ekk..



okla kita sembang di blog seterusnyer..boboiii.

Khamis, 16 Januari 2014

SELESEMA X BAIK LAGI..

Assalammualaikum..

Hai..Hai..Hai

Aduhh la selsema ebu nie dh masuk 3 ari dh x hilang2 lagi, jgn merebak sampai tosil ebu sudah. Dah la tempat keje ebu nie sejuk lagi la..

Dicampur lak ngan ngantuknyer semua ader nie kalu x pikir keje 
mmg dh lama diulit mimpi ( cewahhh... cewahhh..)

kla ebu mmg ngantuk sgt2 nie xde mood nak update blog nie 

kla kita sembang di blog seterusnyer boboiii...

Rabu, 15 Januari 2014

CARA MENGELAK MAKAN DI KEDAI BERPELARIS

Assalammualaikum..

Hai..Hai..Hai..

Petang nie ebu nak share la skit pasal bab makan2 nie ..almaklumla ebu nie jenis kaki kedai gak la bkan pe ebu kan keje, masa memasak tu terhad skit kecuali ari cuti bru la ebu dpt masak utk family.

Selalu kita nie x kirala sapa2 pon kan bila tgk kedai makan tu penuh mesti kita kata mesti sedap kat ctu penah x terpikir cam tu kan( mesti la penah ye dak ..) masa tu kita x terpikir pon yg kedai tu btul2 sedap dr segi masakan @ benda lain ( pelaris).  

sebenarnyer ebu ader terbaca dlm satu artikel pasal pelaris nie kat bawah nie ebu kongsikan utk anda semua baca dan practice kan insyallah mudah2an kita sama2 dpt belajar.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.

saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.

1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai
    tu. Padahal orang biasa cukup ramai setiap hari.

2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup
    aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.

Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya
  1. Bismillah 
  2. Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).
 Kalau nak panjang sikit, baca Bismillah 5. 

1. Bismillahirrahmanirrahim.

2. Bismillahissyafi. 

3. Bismillahilkafi.

4. Bismillahil mu’afi 

5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa  
    huawassami’ul ‘alim.


 InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.
Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.
Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.
Sumber: Abu Zulfiqar


 ha senang je kan caranyer cuma kita perlu practice selalu supaya kita x terperdaya.


kla kita sembang di blog seterusnyer...boboiiii

 

MAK BERANSUR PULIH

Assalammualaikum..

Hai...Hai..Hai..

Alhamdullilah keadaan mak dh bertambah baik , tiup oksigen pon dh cabut, cuma skrg nie mak x boleh nak berdiri lama dan duduk dgn btul lagi. Dr. ckp gula mak masih lgi tggi jadi dr terpaksa bg suntikan supaya gula dlm bdn mak stabil. sebenarnya mak nie kalah ngan suntikan sbb bila dia disuntik bdn dia lemah, cery berry, muntah2, pening kepala, sakit tengkuk dsbgnyer la ..
mudah2an mak kuat utk terima suntikan tue insyallah..

Semalam ramai jiran2 mak dtg melawat alhamdullilah semoga dgn kedtgan jiran2 mak mak semakin kuat semangat, mudah2an mak cepat sembuh dan cepat blik. ( heheh )


kla kita sembang diblog seterusnyer.. boboiii


Isnin, 13 Januari 2014

HARI PERTAMA KERJA DI TAHUN 2014

Assalammualaikum

Hai..Hai..Hai

Hari nie ari pertma keje dlm thn 2014 setelah 7 ari bercuti, tapi dlm bekerja pon ati  nie x tenang sbb mak masih di wad.  

Mlm tadi umah ebu dh kembali sunyi semua adik beradik dh blik yg tggl cuma abah , acu , wan lang , alang dan anjang. So okla ebu xde mood nak cerita maklumla mood cuti masih ader kan. heheh

kla kita sembang di blog yg seterusnyer..boboiii..

Sabtu, 11 Januari 2014

MAK DI WAD

Assalammualaikum

 Hai..Hai..Hai

Maaf ebu x sempat nak update blog semalam, ebu cbuk nak menguruskan mak ebu di hospital. ebu x nak tulis panjang2 nie adalah kronologi mak sepanjang mak sebelum dan selepas di hantar ke hoshas.  Sebelum tue nie gmbr mak waktu mak mula2 dimasukkan ke wad.



semoga mak cepat sembuh


 
Kronologi mak:
  1. Mak ditahan di wad hopital jerantut pada hari khamis 9/1/2014 kerana demam selama 3 ari.
  2. Keadaan mak semakin teruk demam semakin tinggi , dr ambil keputusan utk refer mak ke hoshas temerloh.
  3. Mak di refer ke hoshas pada pukul 3.00am hari jumaat 10/1/2014
  4. Mak sampai ke hoshas pada jam 3.30am pada hari yg sama.
  5. Mak ditempatkan di unit kecemasan selama 4 jam sebelum dihantar ke wad.
  6. Jam 6.00 pagi mak ditempatkan ke wad kenanga 14 aras 4 di katil 25
  7. 8.00 am ebu dan acik dtg melawat mak di wad, keadaan mak sgt menyedihkan, mak nampak terlalu lemah. Mak terpaksa menggunakan gas oksigen sepanjang masa.
  8. 12.00 tgh abah ebu dtg ngan adik2 ebu melawat mak, acik menjaga mak hingga waktu ptg.
  9. 8.00 mlm adik beradik ebu semua turun ke temerloh utk melawat mak 
  10. Mlm pertama mak di hoshas adik ebu matun yg jaga, kami adik beradik yg perempuan bergili-gilir menjaga mak.
  11. 10/1/2014 kami semua buat pertama kalinyer dtg melawat mak di wad beramai ramai mak nampal sgt gembira anak2 dia ader dtg melawat.
  12. Hari ini 11/1/2014 kak ngah (som), ayah tar ader dtg melawat mak kami adik beradik masih lagi bergilir- gilir menjaga mak
  13. Mlm kedua mak di wad kembar ebu yg menjaga mak, sbb besok dia dh nak blik ke kl
 Besok yg masih tinggal di rumah ebu abah,anjang,alang dan acu shj, yg lain  dh blik ke rumah masing.giliran ebu akan bermula insyallah ESOK.

 Ebu rasa setakat nie aje yg sempat ebu catatkan tk ari nie, sok insyallah ebu akan cuba curi masa utk update tentang mak.


Kla kita sembang di blog seterusnyer..boboii.

Khamis, 9 Januari 2014

SABARLA DUHAI ATIE..

Assalammulaikum..

Hai..Hai..Hai..

Pagi tadi ebu dapat sms dari kembar ebu, dia bgtau mak ebu dimasukkan ke wad mlm tadi . Ya Allah hanya engkau yg maha mengetahui segala galanyer .  Sepatutnyer ebu dh mula bekerja pd ari nie tapi atie ebu berat je nak pegi , tapi xpela memandangkan ebu masih lagi bercuti jadi ebu teruskan ajela cuti ebu tue sepanjang mggu nie.

Berbalik kepada mak ebu tadi nie merupakan kali ke2 dia di admitkan ke wad . mudah-mudahan mak cepat sembuh . "Ya Allah ya Tuhanku hanya padamu hambamu nie berserah , kau lindungila ebuku dari segala penyakit dan permudahkanla segala urusannya , ya allah hanya engkau la yg maha mengetahu apa yg ader dilangit dan di bumi"..amin.

sabarlah duhai atie andai ku punya sayap ingin ku terbang untuk bersamanya..huhuhu


Rabu, 8 Januari 2014

BERCUTI DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum

Hai...Hai..Hai...

Ari nie ebu nak citer pasal percutian kami sekuarga dikuantan, memandangkan cuti sekolah baru nie x sempat berjalan, so ebu dan abah ambik keputusan tuk bawak anak2 ebu bercuti .

Jadi layan je la gmbr2 yg sempat ebu snap sepanjang percuti kami di kuantan.
Let the pictures speak (bak kata org putih la..)

abah, abg dan adik yeahhh jom jln

permata atie ebu di korea ( korea kew..)

till end of my life

lumba renang

abg menang

adik dh kalah

dh sejuk dh..

abg nak mandi kolam panas, tapi x boleh under 18 is not allowed

abah je yg lepas mandi kolam panas

dh puas mandi main games lak

ebu dan anak2








kla kita sembang di blog seterusnyer...boboiii

ANAK EBU DAH MASUK SEKOLAH

Assalamualaikum...

Hai..Hai...Hai..

Alhamdulilah ari nie baru ebu sempat nak berblog semula yela cuti sekolah pon dh abis kan , so ebu pon dh mula la cbuk ngan anak2 ebu tu..tahun nie anak ebu yg bongsu tu ( bongsu kew..) dh masuk drj 1 dh besar dh kan cepat je masa berlalu rasanyer x puas lagi duk main ngan dia ...

utk anak ebu ~ adik ebu doakan semoga adik berjaya mengharungi kehidupan sebagai pelajar yekk ~ syg anak ebu.

okla kita layan jela gmbr2 yg sempat ebu ambik masa anak ebu masuk sekolah .




hari orentasi

"sblm pegi sekolah adik kena belajar tulis nama sendiri tau" pesan khas dr abg kpd adik

kami di cnie

ebu dan adik (dgr penerangan dr cikgu pon sempat bergmr huhu)

rupanyer ader exam ari tu good luck adik

dalam debaran

siap sedia

balik dr orentasi terus ajak abah g makan roti tisu lapar katanyer...




hari pertama sekolah
abg dan adik

berbaris seblm masuk kelas

barisan dh sampai dekat cikgu dh

sian adik sampai duk bertinggung dh nama x panggil lagi

akhirnyer dh masuk kelas

adik kelas 1 usaha


hari kedua sekolah

adik cam takut je masuk kelas

adik dh pandai cari kawan

jom main sama - sama

dah pandai makan sendiri

hanya nie la gmbr2 yg sempat ebu snap masa adik pertama kali masuk sekolah.  Good luck syg..


kla kita sembang di blog akan datang. boiboiii

Sabtu, 4 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014



Assalammualaikum...


Hai...Hai...Hai...

 
Alhamdullilah tahun 2013 telah selamat melabuhkan tirainyer dan selamat datang tahun 2014.  Rasanya masih sempat lagi utk ebu ucapan kpd sapa2 yg berkesempatan memgoogle dan membaca blog nie ( macam la ader kan huhu sian ebu ) tapi xpe la dh namanya blog ebu nie DIARY ATIE EBU kan sah2 la xde org nak baca. okla entah pe2 la ebu nie merepek.  Dikesempatan nie ebu nak ucapakan kepada anda semua yg membaca blog ebu dengan ucapan "SELAMAT TAHUN BARU 2014.

Alhamdullilah akhirnya setelah setahun blog ebu nie bersawang x dijaga kini ianyer berwajah baru ... tadaaaa ( bolehla kan dr xde hehehe) 

Insyallah ebu akan aktif kembali berblog utk berkongsi segala suka duka pahit manis hidup ebu bersama-sama keluarga ebu.

Alhamdullilah dh berganjak lagi umur kita semua kan termasuk la ebu ..(huhu insaf sekejap)
tahun lepas merupakan tahun yg byk dugaan dlm hidup ebu ..yelah kita hanya merancang Allah SWT jua la yg menentukan segalanya. 

Utk rekod ( ceehhh cam polis lak ngehh ngeehh ) setelah 6 thn umah ebu sunyi tanpa tangisan baby,( setelah 2 org putera yg berusia 10 dan 6 tahun )  ebu sekali lagi telah disahkan mengandung tapi kegembiraan ebu dan keluarga hanya seketika kandungan ebu hanya dapat bertahan selama 4 bulan saja, baby ebu telah kembali pd penciptanyer tanpa sempat melihat dunia nie.  Ebu doakan semoga baby HARITH ( kalu ader rezeki ari tu nama nie la yg akan ebu bg pada arwah) tggu ebu di syurga ye sayangg  (huhuhu bila di ingatkan kembali sedih mula bertandang ):'(  

Okla ebu x nak sedih2 lagi di tahun baru nie insyallah jika diizinkan Allah SWT mudah mudahan masih ader rezeki utk ebu pada thn nie yelah ebu pon bukan muda lagi pon.

Rasanyer cukup la sampai kat cnie dulu nti dlm blog akan dtg ebu akan citer kan pasal anak ebu masuk sekolah.:)



                         kla kita sambung di blog seterusnyer......boboiii

Isnin, 21 Mei 2012

berblog kembali

Assalammuaikum

Hai...Hai...Hai..

Dh lama dh ebu x berblog nie rindu pulak
bukan pe dh jadik tabiat kan..

kla xde pe sangat ebu nak citer tapi 
buat masa nie ebu suka sgt dengar
lagu2 berunsur doa 
rasa cam tenang je jiwa ebu nie


bukan la nak ckp ebu x tenang ,
 tenang sebenarnye tapi rasa makin damai je
sejuk skit rasa ati nie




kla kita sambung diblog seterusnyer...boboiiiiii