cinta atie ku

kami bersama

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 8 Mei 2012

TONSIL....


Assalammualaikum

Hai... Hai..Hai

Alhamdullilah kesihatan ebu bertambah baik 
walaupon masih lagi batuk yg berterusan
sebenarnyer banyak yg nak di ceritakan kat cnie
tapi ebu ambik yg penting je la ekk 
al maklumla nak rehat ckit sbb badan nie 
x berapa nak mengizinkan
Minggu lepas ebu MC (cuti sakit) 2 ari
nak tau sbb nyer  meh ebu kongsikan ckit info nie 
bak kata org puteh " sharing is caring " 


Apakah itu Tonsil?
tonsil ( tapi nie bukak ebu ekk ) sekadar hiasaan je

 Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?


Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?


Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil


1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

semoga info nie dpt memafaat kepada semua ekk


kla kita sambung di blog seterusnyer boboiiii... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan