cinta atie ku

kami bersama

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 25 Januari 2011

renungan pagi selasa


salam sejahtera semua...
takzirah kite ari selasa nie tentang

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan 
harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

                                        i. Al-Muawwizat
                                       ii. Ayatul Kursi
                                      iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
                                      iv. Ayat Berkubu
                                       v. Ayat Penggerak
 

             1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

                    BACAAN 

                  Al-Muawwizat iaitu;

              1. Surah Al-Ikhlas
              2. Surah Al-Falaq
              3. Surah An-Naas

         CARA

     1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

     2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa

     3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai 
          (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

     4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga  
           habis nafas

     5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu  
           tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai 
           kecuali anggota sulit.

     6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh  
          setiap hari

  
             2.0  AYATUL KURSI

                    BACAAN


       
        Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

            CARA

    1.   Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
 
    2.   Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup 
         disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah,dengan niat 
         melindung diri.

    3.   Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan
          mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti  
          tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau  
          diluar rumah.


            3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

               BACAAN



        Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
           

         CARA

 1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

 2.   Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah  
      sebelah kanan) sambil menghadap penjuru  
      rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.
      Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin  
      ayat 1~9. Sambil baca,sambil berjalan menuju  
      kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf
      Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru  
      iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.  
      Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca 
      kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding  
      keseluruhan bumbung rumah.


           4.0 AYAT BERKUBU

                 BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

            CARA

    1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini  
        kemudian tiup sehingga habis nafas ke  
        hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

    2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), 
        Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis  
        nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

   3.  Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

   4.  Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian  
       tiup kebawah sehingga habis nafas
       Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga
       habis nafas
 
   5.  Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian 
        tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang  
        boleh kemudian hembus.

             5.0  AYAT PENGERAK

                    BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

           CARA

   1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko  
         atau merbahaya, atau bermusafir atau balik  
         kampung atau hendak membuat sesuatu
         perkerjaan yang berisiko atau pulang 
         kerumah daripada melakukan
         sesuatu perkerjaan yang berisiko
         maka baca ayat ini tujuh kali.

                2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau  
                ada gangguan ketika membaca
                ayat ini, berehat dahulu.  
                Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh
                kali bacaan lancar baru teruskan  
                perjalanan atau perkerjaan tersebut.

 


sama - samala kite berdoa semoga kehidupan kita sekeluarga dilindungi oleh allah swt. amin



sumber rujukan dari : PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN 
                  ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )



ehsan dr pokcik guggleee..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan