cinta atie ku

kami bersama

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 21 Ogos 2010

selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

Ihya Ramadan: Membazir masa antara kesilapan ketika Ramadan

Kesilapan orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan. 
  • Masih makan dan minum ketika azan Subuh
  • Bersahur awal dan melewatkan berbuka
  • Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
  • Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
  • Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.
  • Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
  • Tidak menunaikan solat Tarawih.
  • Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
  • Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).
  • Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
  • Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
  • Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
  • Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
  • Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
  • Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

Buku Adab Ramadan

****untuk panduan kita bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan